Sunday, May 30, 2010

Panduan Solat - Bhg. 2

Membaca Al-Fatihah

Membaca surah al-Fatihah pada tiap-tiap rakaat termasuk basmalah (Bismillahirrahmanirrahim) adalah merupakan rukun qauli iaitu bacaan wajib. Memelihara segala makhraj iaitu tempat keluar huruf dan juga tajwid suratul Fatihah juga adalah wajib. Sekiranya bacaan tidak betul seperti menukar bacaan huruf ه dengan huruf ح maka sembahyang itu tidak sah tetapi sekiranya memang tidak boleh disebut maka ada pendapat mengatakan sembahyang itu sah.

Membaca al-Fatihah dan surah lain selepasnya dengan suara yang kuat hanya dibolehkan bagi muslimin pada tempat dan waktu tertentu sahaja iaitu pada dua rakaat yang pertama sembahyang Maghrib, Isyak dan Subuh; dua rakaat solat Jumaat; dua rakaat solat hari raya Aidilfitri dan Aidiladha; solat gerhana bulan; solat minta hujan; solat sunat tarawih; solat sunat witir dan solat untuk mengerjakan tawaf sekiranya dilakukan pada malam hari dan subuh.

Selain daripada tempat-tempat yang disebutkan dan bagi muslimat hendaklah membaca al-fatihah dan surah lain selepasnya secara perlahan.

Bunyi bacaan surah al-Fatihah adalah seperti berikut:


Menyebut perkataan 'Amin' selepas membaca al-Fatihah adalah termasuk dalam sunat hai'ah. Sunat juga berhenti sebentar sebelum membaca 'Amin'.

Kemudiannya disunatkan mebaca surah al-Quran bagi dua rakaat pertama sama ada sembahyang jemaah atau berseorangan. Contoh bacaan iaitu bagi surah al-Kafirun adalah seperti berikut:


Rukuk (dengan tamakninah)

Rukuk dengan tamakninah adalah merupakan rukun fi'li iaitu perbuatan yang mesti dilakukan dengan betul. Sekurang-kurang rukuk ialah membongkokkan belakang sampai dua tangan tapak diletakkan di atas dua kepala lutut serta anggota-anggota berat hendaklah berhenti. Semasa rukuk, kedua-dua peha dan betis hendaklah diluruskan dan ditegakkan. Kepala hendaklah disamakan dengan kedudukan punggung. Jari-jari hendaklah dibuka menghala ke kiblat.

Bagi mereka yang solat secara duduk, memadai rukuk itu dengan membongkok ke hadapan hingga dahi selari dengan kepala lutut. Untuk lebih sempurna bagi solat duduk, rukuk hendaklah dilakukan dengan membongkok ke hadapan hingga dahinya selari dengan tempat sujud.

Kedudukan rukuk bagi muslimin ialah direnggangkan kedua siku dari rusuk.
Ihsan: e-zakat 


Kedudukan tangan bagi muslimat ketika melakukan rukuk, siku dirapatkan ke badan.
 
Ihsan: e-zakat 

Anggota-anggota berat itu ialah kedua tangan termasuk pergelangan tangan, kepala dan kaki. Sekiranya anggota-anggota itu masih bergerak semasa rukuk tanpa berhenti maka tidak lagi dikira sebagai tamakninah iaitu berhenti seketika.

Membaca tasbih semasa rukuk adalah sunat hai'ah iaitu bacaan tasbih seperti berikut:




 






Subahana rabbial 'azimi wabihamdih. (3 Kali)

Maksudnya:

Maha suci Tuhanku yang Maha Agong dengan sifat kepujiannya.


Iktidal (dengan tamakninah)

Iktidal iaitu berdiri tegak semula selepas rukuk dengan tamakninah (semua anggota berhenti sebentar) adalah merupakan rukuk fi'li iaitu perbuatan yang wajib dilakukan.

Setelah bangun daripada rukuk disunatkan menyebut bacaan berikut:




Sami'allahu liman hamidah.
Maksudnya:
Allah mendengar orang yang memujinya.


Kemudiannya hendaklah berhenti dan berdiri seketika sebelum melaksanakan rukun seterusnya iaitu sujud dan meneruskan bacaan berikut:




Rabbana lakalhamdu.
Ertinya:
Ya Tuhan kami, Bagimu segala puji.

* Rabbana lakalhamdu mil assamawati wamil ardhi wamil a'maasyita min syai i'nba'du.(Ya Tuhan kami, bagimu segala puji seisi langit dan bumi dan sebanyak yang Engkau kehendaki).

Panduan Solat: Bhg 1 | Bhg. 2 | Bhg. 3 | Bhg. 4

Labels: ,

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home