Tuesday, May 25, 2010

Panduan Solat - Bhg. 1

Rukun Sembahyang ada 13 perkara iaitu:
  1. Niat
  2. Berdiri  betul
  3. Takbiratul ihram
  4. Membaca Al-Fatihah
  5. Rukuk
  6. I'tidal
  7. Sujud
  8. Duduk antara dua sujud
  9. Bacaan tahiyyat akhir
  10. Duduk tahiyyat akhir
  11. Selawat ke atas nabi dalam tahiyyat akhir
  12. Salam
  13. Tertib
Niat

Niat termasuk dalam kategori rukun qalbi (hati) iaitu perkataan yang terdetik di dalam hati. Lafaz yang disebut oleh mulut tidaklah dipanggil sebagai niat. Niat hendaklah berlaku semasa seseorang itu mengangkat takbiratul ihram iaitu tatkala dia menyebut Allahu Akbar.

Niat bagi sembahyang fardu lima waktu ialah seperti berikut:
  1. Zohor -  "Sahaja aku sembahyang fardu zohor empat rakaat tunai kerana Allah Taala".
  2. Asar -  "Sahaja aku sembahyang fardu asar empat rakaat tunai kerana Allah Taala".
  3. Maghrib -  "Sahaja aku sembahyang fardu maghrib tiga rakaat tunai kerana Allah Taala".
  4. Isyak -  "Sahaja aku sembahyang fardu isyak empat rakaat tunai kerana Allah Taala".
  5. Subuh -  "Sahaja aku sembahyang fardu subuh empat rakaat tunai kerana Allah Taala".
    Lafaz iaitu perkataan yang disebut dengan mulut sejurus sebelum mengangkat takbir. Lafaz niat bagi sembahyang fardu boleh dilihat di sini.

    Rapatkan kedua-dua tangan ke paha ketika menyebut lafaz niat dalam sembahyang yakni sebelum mengangkat takbir.
    Ihsan: e-zakat

    Berdiri Betul

    Berdiri betul merupakan rukun fi'li (perbuatan) iaitu diwajibkan berdiri tegak menghadap ke arah kiblat bagi yang mampu. Sekiranya seseorang itu berdiri tetapi condong ke hadapan, ke kanan atau ke kiri hingga tidak dapat dinamakan sebagai berdiri maka hukumnya tidak sah.


    Hendaklah berdiri betul menghadap kearah Kiblat, Kaabah (Arah bagi orang-orang Islam bersembahyang, tempat di mana arah matahari terbanam di Malaysia atau arah Barat)
    Untuk lebih Khusyuk dalam sembahyang hendaklah tumpukan perhatian kepada sembahyang dan ketahuilah anda sekarang berhadapan dengan Allah serta pandanglah kearah tempat Sujud.
    Ihsan: e-zakat

    Perbezaan berdiri betul antara lelaki dan perempuan

    Selaraskan dan jarakkan kedua-dua kaki, tangan hendaklah dirapatkan ke arah badan. 
    Ihsan: e-zakat 

    Selaraskan dan rapatkan kedua-dua kaki, tangan juga hendaklah dirapatkan ke arah badan. 
    Ihsan: e-zakat 

    Jika tidak mampu berdiri bolehlah duduk baring, mengiring sebelah kanan atau kiri atau melentang atau sekadar mana yang boleh dilakukan. Sewaktu berdiri disyaratkan dalam keadaan tegak tulang belakang dan disunatkan menundukkan kepala.

    Takbiratul Ihram

    Takbiratul ihram termasuk dalam kategori rukun qauli (bacaan) iaitu lafaz sebutan kalimah Allahu Akbar. Semasa seseorang itu menyebut bacaan tersebut maka haramlah baginya melakukan sesuatu yang lain kecuali yang dibolehkan di dalam solat.

    Perkataan Allahu Akbar tidak boleh ditukar dengan yang lain seperti Arrahmanul Akbar. Sebutan takbir juga hendaklah boleh didengari sama seperti rukun-rukun qauli (sebutan) yang lain dalam solat. Semasa mengucapkan lafaz Allahu Akbar disunatkan mengangkat tangan iaitu perbuatan yang termasuk dalam kategori sunat hai'ah.




    Angkat kedua-dua tangan ke paras telinga selepas memasang niat dalam sembahyang sambil itu bertakbir seperti di atas.
     
    Ihsan: e-zakat 

    Mengangkat tangan itu hendaklah dibuat di mana kedua tapak tangan menghadap kiblat dan kedua-dua  tangan itu sampai dekat dengan cuping telinga dan bersempadan dengan bahu dan jari tangan direnggangkan.

    Perbezaan mengangkat tangan antara lelaki dan perempuan



      Lintaskan didalam hati ketika waktu yang sama mengangkat takbir niat kita bersembahyang.

      Lelaki - di bawah telinga
      Perempuan - di bawah paras bahu
       
      Ihsan: e-zakat 
       
      Selepas mengangkat tangan, perut tangan kanan hendaklah diletakkan di atas tangan kiri di antara bawah dada dan di atas pusat.

      Perempuan - Tangan di atas  Lelaki - Tangan memegang

      Hikmah memegang tangan ialah dapat menetapkan kedua-dua tangan supaya ia tidak bergerak ke sana sini.

      Kemudiannya disunatkan membaca doa iftitah iaitu bacaan yang termasuk dalam sunat hai'ah. Bacaan doa iftitah boleh dirujuk di sini.

      Panduan Solat: Bhg 1 | Bhg. 2 | Bhg. 3 | Bhg. 4

      Labels: ,

      0 Comments:

      Post a Comment

      Subscribe to Post Comments [Atom]

      << Home